XPDC Bukit Taboh
ekSPEDisi Tabuh 200830 November 2008Bertempat di Surau Mardhiah Taman Melawati telah di adakan majlis pelancaran dan pelepasan peserta ekSPEDisi Tabuh 2008.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Saari Sungib ADUN Hulu Kelang.Lebih kurang 30 peserta dan 10 urusetia terlibat dalam program ini yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Komuniti Muda Hulu Kelang.
Selain itu program ini juga mendapat kerjasama dari Jabatan Hutan Daerah Gombak yang sudi menghantar 4 orang kakitangan dan seorang Pegawai Perhutanan.Selepas pelepasan oleh YB Tuan Hj. Saari Sungib ADUN Hulu Kelang, para peserta di bawa ke kaki bukit untuk aktiviti memanaskan badan dan taklimat keselamatan pendakian oleh urusetia program.
Pendakian bermula jam 9.00 pagi dan mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba ke puncak Bukit Tabuh yang terletak dalam kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Warisan.
Pendakian dan laluan curam yang di kategorikan sebagai 'Level 4 Difficulty' tidak mematahkan semangat para peserta untuk tiba di puncak dan menikmatikan panorama indah sekitar Bukit Tabuh seperti kawasan tadahan air Empangan Hulu Kelang dan bandaraya Kuala Lumpur.Selepas kira-kira 1 jam berada di puncak, para peserta mula menuruni Bukit Tabuh dan tiba di kawasan rehat Empangan Hulu Kelang pada jam 1 tengahari.Acara di teruskan dengan aktiviti ringkas seperti sesi suai kenal, permainan dan makan tengahari. Keseluruhan program tamat pada jam 2.30 petang.
Gambar program Ekspedisi Bukit Tabuh anjuran Unit Amal Gombak (UKJHK) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang, Briged Amal & Kelab Belia Ulu Kelang (UKYC) pada 30 November 2008. Hampir 30 peserta menyertai program kali ini.
Comments