Apa ku buat hari ini

Pagi ini, aku dan ibu bercuti, pagi – pagi lagi dah ke rumah bendahari blok untuk menyelesaikan bayaran tunggakan bayaran maintenance bagi rumah aku. Bayaran untuk tahun ini dari bulan April hingga Dec 2008 ialah RM225.00, kemudian kami bayar advance untuk tahun depan RM300.00 (utk. 12 bulan) – senang kalau dah bayar.

Lepas mengambil Izzatul di rumah Umi sambil bersarapan sekali, kami melawat ke tempat Ops tanah runtuh Skuad AMK di Bt Antarabangsa... situasi di sana tenang sahaja, terdapat beberapa petugas dari Skuad AMK dan Unit Amal Malaysia.

Dari sana kami memandu turun ke Taman Rekreasi Kelang Gate, situasi di sana jugak agak sunyi, tak ramai keluarga berkelah hari ni, emm air pun kureng coz surut dan tak berlapa deras aliran nya. Lepak di sana sambil melayan Izzatul main air.

On the way balik ke rumah, singgah ke Dawama Books Expo di AU3. Singgah melihat dan meninjau buku – buku murah terbitan DBP. Emm koleksi yang dijual pun agak kureng, x seperti tahun – tahun lepas. 70% diskaun untuk buku – buka terbitan lama DBP memang aku tunggu – tunggukan, last – last 3 buku aku sambar dengan harga kurang RM5.00 senaskah.

Buku – buku tersebut:

1. Mengenal Lampu – Lampu Kapal, karya A O Young – RM 2.10
2. Sarawak Purba: Satu Kajian bergambar, Karya Craig A Lockard dan Graham E Saunders – RM 4.50
3. Strategi Dunia Islam Abad ke 21, karya Ziauddin Sardar – RM 4.20

Emm nampak nya makin nak menjadilah perpustakaan mini di rumah ku kelak.

Cerita tentang perpustakaan, elok aku lampirkan tulisan George Makdisi, seorang Prof Emeritus Pengajian Arab dan Islam, Univ. Of Pennsylvania yang disunting oleh Ziauddin Sardar dalam bukunya, Strategi Dunia Islam Abad ke 21, tulis beliau;

...enam istilah digunakan secara padu untuk mengambarkan perpustakaan. Tiga syarat pertama berupa bayt (kamar/ ruang), khizanah (almari), dan dar (rumah). Dan tiga syarat kedua berupa hikmah (kebijaksanaan), ‘ilm (ilmu pengetahuan), dan kutub (buku – buku). Kata – kata dan konsep – konsep ini berpadu sehingga membentuk istilah yang menggambarkan perpustakaan...[1]

Tidak syak lagi, perpustakaan Islam saling terkenal ilaah Bayt al – Hikmah, suatu gabungan Lembaga Penyelidikan, perpustakaan dan biro penterjemah, didirikan oleh Khalifah Abbasiah, Harun al – Rasyid di Baghdad pada 830M. [2]

End Note
[1] Lihat Juga: Makdisi, George. The Rise of College: Institutions of Learning in Islam and the West. Edinburgh UP, 1981. Hlm. 24 – 5
[2] Ziauddin Sardar. Strategi Dunia Islam Abad ke 21. Trans. DBP. K Lumpur: DBP, 1995. Hlm. 28

Comments

Popular Posts