Prog Sunat'on DUN Hulu Kelang

Program Sunat'on Beramai-ramaiPeringkat DUN Hulu Kelang14 Disember 2008Pelbagai aktiviti remaja telah dibuat bersempena dengan musim cuti sekolah kali ini.

Tidak terkecuali, DUN Hulu Kelang melalui Pusat Khidmat masyarakat ADUN Hulu Kelang dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Zon AU2 telah mengatur satu program berkhatan beramai-ramai untuk penduduk sekitarnya.

Seramai 45 kanak-kanak dan remaja berusia 6 hingga 15 tahun menyertai program yang julung-julung kali diadakan di DUN Hulu Kelang. Ada diantara kanak-kanak dan remaja yang menyertai program ini tiba seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran di Dewan Pusat Khidmat Masyarakat Zon AU1.

Meskipun YB Tuan Haji Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang tidak dapat hadir bagi merasmikan Program Sunat'on eramai-Ramai ini, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Zon AU2 telah sudi menyampaikan sepatah dua kata dan merasmikan program sebagai mewakili YB.

Program ini mendapat kerjasama pakar perubatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia yang diwakili oleh 3 orang doktor dan para petugas perubatan.

Acara berkhatan bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada awal petang.AJK Program, En. Zaharin Wahab, berkata, ahli Unit Amal Hulu Kelang, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dan Pusat Khidmat Masyarakat ZON AU2 gembira dapat membantu menjayakan program berkhatan ini selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk disamping mengadakan aktiviti berfaedah kepada remaja.

Menurut beliau lagi, program berkhatan ini adalah antara beberapa program yang telah disusun sepanjang musim cuti sekolah untuk kanak-kanak dan remaja.Sekian.

Berita dan lebih gambar di: http://www.photoblog.com/azhar73/2008/12/14/program-sunaton-beramai-ramai.html

Comments

Popular Posts