Catatan Ku

17 Dec 2008 – Rabu
0930 malam
C7 Flat UTM

Hari ni kerja seperti biasa – aircond di office pun rosak seperti biasa hehehe.
Payday – masuk gaji tanpa OT – dalam RM1,600 plus – plus... alhamdulillah.
10am ke Dawama, memborong buku – buku murah, lalu terbang lah RM 55.80 untuk pembelian buku – buku tersebut, buku – bukunya:

1. Puteri Aliadalian karya Ahmad Patria Abdullah
2. Pedang Aurora karya Ahmad Patria Abdullah
3. Politik: Siapa mendapat Apa, Bila dan Bagaimana? Karya Harold L Lasswell
4. The Malay Sultanate of Malacca karya M Yusoff Hashim
5. Mencari Kecemerlangan: Rahsia Kejayaan Syarikat Amerika karya T J Peters
6. Analisis Perhubungan Antarabangsa karya Karl W Deutsch
7. Percetakan Awal di Jajahan Selat 1806 – 1858 karya Cecil K Byrd
8. Changi: Tahun – tahun Gerhana 1941 – 1945 karya TPM Lewis
9. Dunia Serba Mungkin: Sejarah Idea Geografi karya Preston E James
10. Hubungan Malaysia Indonesia 1957 – 1970 karya K Munianady
11. Sudahkah Kamu Bertemu Mariam? Karya Jen. Tan Sri Ibrahim Ismail

Buku no 1 & 2 tu merupakan buku – buku fiksyen dari siri Saga Artakusiad yang menjadi minatku sejak aku di bangku sekolah lagi. Tulisan Bro Ahmad Patria memang best... kalaulah dapat difilemkan spt. Cerita Harry Porter atau Lord of The Ring memang mengancam.

Gaji day so payment day la jugak:
Duit rumah RM5**
Duit Kereta RM*8*
Duit Insuran RM5*.**
Bil Celcom (Agak tinggi bulan ni, emm nasib seorang SU) –RM1**.**

Malam plak ader usrah UPU – emm lama x buat dah usrah ni... sampai aku pun lupa.
Bayaran:
RM10.00 – Duit Harakah
RM10.00 – Tabung KT

Comments

Popular Posts