Ops Amal: 11 Dec 2008; Taman Bukit Antarabangsa





Bukit Antarabangsa, 11 Dis - Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak melalui Unit
Amal telah terpanggil untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa
tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.Hampir 30 petugas Unit
Amal Gombak menyertai misi tersebut yang diketuai oleh Sdr Normazali
Zainal, Ketua Penyelaras Unit Amal Gombak. Antara bantuan yang
diberi ialah menyediakan makanan kepada petugas-petugas dan mangsa di tempat
kejadian dan juga membantu mangsa memindahkan barang-barang daripada rumah
mereka.Misi seperti ini merupakan tugas biasa Unit Amal Gombak sekiranya berlaku
musibah & bencana diseluruh negara, seperti peristiwa tsunami di Kedah,
Banjir di Johor, Pekan dan banyak lagi.Sumber gambar/berita: http://www.photoblog.com/dppgombak
Comments