Skim Mesra Usia Emas : Sebarkanlah
Skim Mesra Usia Emas yang dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berkuatkuasa 1 Oktober 2008 merupakan salah satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Program ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia.
Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas yang telah banyak memberikan khidmat dan jasa kepada masyarakat dan negeri.
Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN- Lahir di Negeri Selangor ATAU- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.
Dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan kematian ahli, ADUN atau wakilnya akan menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada penama yang didaftarkan. Baki RM1,500 akan disampaikan kepada penama yang didaftarkan dalam tempoh 60 hari berikutnya.
Di kawasan DUN Hulu Kelang sendiri, sebanyak lebih 1000 warga emas telah mendaftarkan nama dan sehingga kini 37 waris ahli telah menerima sumbangan pertama RM1,000. Kesemua sumbangan ini telah diserahkan sendiri oleh Yb Saari kepada waris masing-masing. Sila berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SUMBER
Comments