Calon PAS Abdul Wahid, Bukan Calon Sebarang Mimpi
Oleh Hamdy
Apabila saya membaca beberapa penulisan dalam akhbar terutama akhbar bahasa inggeris, saya merasakan terdapat satu usaha kempen halus yang mahu memperlekehkan cara pemilihan Haji Abdul Wahid.
Sebagai contoh, dalam Sunday Star, terdapat ‘caption’ yang mengaitkan Presiden PAS dengan kata kata “Saya telah mempunyai mimpi bahawa kami patut memilih Wahid Endut sebagai calon”. Perbuatan ini sebenarnya adalah cara halus untuk memperlekehkan cara pemilihan Hj Wahid Endut sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil parlimen Kuala Trengganu.
Saya percaya kempen halus ini dibuat dan ditujukan kepada orang yang bukan Islam. Yang saya bimbang ialah, orang Islam sendiri yang termakan usaha kempen memperlekehkan cara pemilihan Haji Abdul Wahid.
Salah satu proses pemilihan calon PAS untuk parlimen Kuala Trengganu ini ialah menunaikan sembahyang istikharah. Sembahyang istikharah adalah sejenis sembahyang sunat yang dilakukan apabila kita ingin melakukan sesuatu kerja atau membuat sesuatu keputusan. Tindakan sembahyang ini adalah berdasarkan kepada satu hadis shahih riwayat Bukhari. Oleh itu tindakan melakukan sembahyang istikharah adalah satu tindakan amal sholeh yang patut dilakukan oleh seorang muslim yang bergantung pada pertolongan Allah. Ditambah lagi sembahyang istikharah yang dilakukan pada kali ini adalah dibuat oleh seorang yang alim dan sholeh, insyallah, iaitu Presiden PAS Dato Seri Tuan Haji Abdul Hadi.
Apa yang perlu ditegaskan di sini ialah proses pemilihan itu adalah satu usaha yang berterusan yang di antaranya termasuk memohon pertolongan dari Allah agar semua yang terlibat dapat membuat keputusan dengan baik.
Dari sumber yang amat dipercayai, apa yang dimimpikan tidak ada kaitan dengan Haji Abdul Wahid, Cuma mimpi itu memberi beberapa tanda sebagai pembuka jalan agar perbincangan pemilihan dilihat kembali dari perspektif lain.
Perspektif yang dibawa dari tanda tanda itu ialah “ada kemungkinan senarai calon yang ada pada masa itu tidak bersesuaian dan nama lain perlu juga dilihat dan mungkin dimasukkan ke dalam senarai bakal calon”.
Perspektif itulah yang membawa kepada pemilihan Haji Abdul Wahid. Perspektif itu membuka jalan kepada konsep “memandang dari sudut lain” mahupun konsep “berfikir dengan menggunakan pelbagai topi”.
Oleh itu usaha untuk memperlekehkan pemilihan Hj Abdul Wahid adalah satu usaha yang sia sia. Pemilihan Hj Abdul Wahid adalah satu proses pemilihan yang teliti dan teratur sambil meminta pertolongan dan ilham dari Allah. Pemilihan itu juga bersesuaian dengan cara cara membuat keputusan, sekurang kurangnya menggunakan konsep “memandang dari pelbagai sudut” dan “berfikir menggunakan pelbagai topi”.
Semoga pemilihan Hj Abdul Wahid adalah pemilihan yang diberkati Allah.
[mohon sebarkan terutama kepada orang kuala trengganu]
Salam Perjuanganhamdy 013 3696712

Comments