Perlumbaan senjata Malaysia – Singapura: Bermulakah kembali?

By Zaharin Abd Wahab

Sedar atau tidak, ura – ura pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar [1] oleh pihak TUDM menimbulkan sedikit keributan di komunity maya Singapura.[2]

Tetapi dalam diam pula, pihak Singapura telah bersetuju untuk membeli beberapa buat pesawat AEW dari Israel yang akan tiba pada tahun 2009 – 2010 [3]

Selain dari pesawat AEW dari Israel, pihak Singapura juga telah menempah 24 buah pesawat tempur F – 15SG atau juga dikenali sebagai F – 15E Strike Eagle Long – Range Interdiction Fighter yang akan diterima bermula dari 2008 – 2010.[4]

Ini mungkin berikutan dengan pembelian 18 buah pesawat tempur Su – 30MKM buatan Russia. Pada 2003. hantaran terakhir pesawat tersebut pada tahun 2008 [5]

Walaupun kedua buah Negara sering menafikan akan perlumbaan senjata antara keduanya tetapi rekod dan sejarah dapat memastikan yang penafian itu boleh dipertikaikan. Rekod mengatakan apabila Malaysia memilih untuk membeli sebilangan buah kerata kebal PT91 Twardy (modernized T-72M1) buatan Poland [6] Pihak Singapura juga tidak ketinggalan dengan memesan 66 buah kereta kebal (refurbished) jenis Leopard 2A4 dari Kerajaan Jerman.[7]

Maka tidak hairanlah trend ini akan semakin berleluasa. Tetapi apa yang kita harapkan bahawa kedua – dua belah pihak dapat berfikir secara rasional dan dapat menghormati semangat setiakawan ASEAN dan negara serumpun.


End Note
[1] Anon. "EC725 Cougar copter enhances RMAF's CSAR capability." The Malaysian Insider. 3 Nov. 2008. 3 Nov. 2008 http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/9709-ec-725-cougar-copter-enhances-rmafs-capability

[2] Anon. "MAF buys Eurocopter's EC725 Cougar helicopter." SgForums. 28 Sept. 2008. 3 Nov. 2008 http://sgforums.com/forums/1164/topics/332004?page=2


[3] Anon. "CAEW – Conformal Airborne Early Warning Aircraft, Israel." Airforce Technology. 3 Nov. 2008 http://www.airforce-technology.com/projects/caew/

[4] Anon. "F-15E 'Strike' Eagle Long-Range Interdiction Fighter, USA." Airforce Technology. 3 Nov. 2008
http://www.airforce-technology.com/projects/f15/

[5] Anon. "Su-30MK Multi-Role Two-Seater Fighter Aircraft, Russia." Airforce Technology. 3 Nov. 2008 http://www.airforce-technology.com/projects/su_30mk/

[6] Raff. "Polish PT-91M for Malaysia." Strategy Page. 18 May 2003. 3 Nov. 2008 http://www.strategypage.com/militaryforums/2-1219.aspx

[7] Anon. "Singapore Set to Acquire Refurbished Leopard Tanks from Germany." Mindef Singapore. 11 Dec. 2006. Min. of Defense, Singapore. 3 Nov. 2008 http://www.mindef.gov.sg/imindef/news_and_events/nr/2006/dec/11dec06_nr2.html

Comments

Popular Posts