Kesepaduan manhaj Islami mewajibkan kesepaduan dalam amal Islami
Islam merupakan satu agama yang syumul. Ianya merangkupi semua sistem kehidupan manusia. Terdapat di dalamnya sistem ibadah, ekonomi, social, politik dan pertahanan (ketenteraan). [1] Prof. Dr Ahmad Shalaby dalam bukunya Agama Islam menulis;
Allah swt berfirman dalam Al – Quran, mafhumnya;
Maknanya Islam ini merupakan satu agama yang dicipta mengikut fitrah manusia dan seharusnya kita sebagai hamba kepada Allah menerima agama ini tanpa banyak bicara keseluruhannya.
Begitu juga, Nabi kita Nabi Muhammad SAW, ia merupakan role – model kepada keseluruhan aspek kehidupan kita, dari segi kerohanian, politik, diplomasi serta ilmu medan perang.
Orieantalis barat, Michael Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History telah mengambil Nabi Muhammad SAW sebagai insan di kedudukan pertama dengan hujah beliau yang berbunyi:
Selain dari ibadat, Islam mementingkan aspek – aspek lain dalam kehidupan manusia, sebagai contoh:
EKONOMI
Islam meletakkan ekonomi di dalam situasi yang berlandaskan keimanan yang mana ianya dapat menghindarkan manusia dari melakukan penipuan dan dosa. Allah swt berfirman dalam Surah al – Mutaffiffin ayat 1 – 3 maksudnya;
Ekonomi berlandaskan Islam mengajar manusia menyedari segala keuntungan dan harta benda itu hanyalah milik Allah swt dan mereka Cuma diberi amanah untuk mengurusnya. Allah swt berfirman dalam Surah al – Maidah ayat 120, mafhumnya:
Sebagai contoh, kita ambil iktibar dari cerita Sallahudin al – Ayubbi ketika beliau memerintah, Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya bertajuk Pejuang Pembaharuan: Salahuddin al – Ayubi menulis;
SOSIAL
Islam meletakkan aspek social antara manusia di bawah kawalan dan asas aqidah dan akhlaq
Allah swt berfirman dalam Surah al – Hujjurat ayat 13 mafhumnya:
Ayat ini mengingatkan manusia kepada punca hidup yang satu dan menetukan bahawa kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada asal keturunan atau warna kulit, tetapi pada keimanan dan ketaqwaan sesaorang itu. [5]
POLITIK
Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata;
Islam meletakkan asas – asas yang holistic dalam menerajui sesebuah Negara baik kepada pemerintah, rakyat mahupun jiran tetangga Negara tersebut.
Sebagai contoh dengan termaktubnya Perlembagaan Madinah pada awal penghijrahan Nabi Muhammad saw ke Madinah, maka beberapa kesan yang sangat penting dalam scenario politik umat Islam masa itu telah kelihatan, antaranya; [7]
i. Dengan ujudnya Perlembagaan Madinah, bererti sebuah Negara Islam telah lahir
ii. Dengan meletakkan nabi Muhammad saw sebagai ketua Negara, bererti telah terlaksanalah undang – undang Islam di Negara Madinah
iii. Kehidupan rakyat keseluruhannya lebih terjamin kerana orang – orang yang bukan Islam diberikan perlindungan disamping mereka bebas mengamalkan upacara keagamaan mereka.
Sebagai contoh, Kalifah Umar bin Abdul Aziz semasa pemerintahnya telah memerintahkan supaya dipulangkan tapak Gereja John the Baptist di Damsyik kepada pihak kristian yang diruntuhkan oleh kalifah sebelumnya setelah pihak kristian mengadu kepadanya. [8]
Pemimpin setiap Negara Islam dikehendaki bertugas untuk kepentingan rakyat mereka. Ini jelas dalam suatu Hadis Nabi Muhammad saw;
Siapa yang diangkat oleh Tuhan mengenai sesuatu dari hal ehwal kaum Muslimin lalu ia tidak menunaikan hajat mereka serta membiarkan kemiskinan kepada mereka, Tuhan juga akan membiarkan hajatnya dan kemiskinan nya pada hari Kiamat. [9]
KETENTERAAN
Allah swt berfirman dalam Surah al – Baqarah ayat 193, maksudnya;
Iman Jassas dalam kitab Ahkamul Quran ketika metafsirkan ayat ini menyatakan “Wajib memerangi orang – orang kafir sehingga mereka meninggalkan kekufuran.” [10]
Aspek peperangan dalam Islam bolehlah kita simpulkan dalam beberapa fasa, iaitu; Dasar mengenai kewajiban berperang di jalan Allah, Tujuan dan matlamat, Tuntutan bersedia untuk berperang dan sebagainya.
Kewajiban berperang/ berjihad [11]
i. Allah mengizinkan kaum muslimin berperang apabila mereka diserang oleh pihak musuh
ii. Orang Islam ditegah dari memulakan provokasi atau menyerang tanpa sebab
iii. Allah mengizinkan perang adalah kerana mereka dizalimi sehingga terhalau dari kampung halaman mereka (rujuk Surah al Hajj ayat 39 – 40)
Tujuan & Matlamat
Tujuan:
a) Mempertahankan keselamatan jiwa
b) Memelihara penyebaran dakwah Islam di muka bumi
c) Mengawal perpaduan umat islam dari dihancurkan oleh kaum musyrikin
Matlamat:
a) Membalas serangan musuh – rujuk Surah al – Baqarah ayat 190
b) Membantu kaum muslimin yang lemah yang dizalimi oleh pihak kafir – rujuk Surah An Nisa: 75
c) Menghukum perosak agama dan kerajaan Islam – rujuk Surah Al – Hujurat ayat 9
Tuntutan bersedia untuk berperang
Allah swt berfirman dalam Surah al – Anfal ayat 60, maksudnya:
Maka dengan itu jelaslah bahawa Agama Islam ini merupakan satu agama yang amat lengkap dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Firman Allah swt dalam Surah al – Baqarah ayat 208, maksudya;
Dan kita sebagai makhluknya amat perlu sekali mengikut apa yang diarahkan oleh pencipta iaitu Allah swt dengan menurut apa yang disyariatkan dan meninggal apa yang ditegah olehnya.
Dengan itu kita dapat kesepaduan dalam segala amal kita dan tindak tanduk kita menurut acuan dan manhaj Islam itu sendiri.
Wallahualam
05 May 2008
12:37 t/ malam
End note
[1] Fathi Yakan, Tasawwur Asasi Gerakan Islam. Trans. Ustaz Ibrahim Embong. Selangor: Pustaka Fajar, 2004. hal. 23
[2] Lihat: Prof. Dr Ahmad Shalaby. Agama Islam. Trans. Muhammad Labib. Singapura: Pustaka Nasional, 1968. hal. 11
[3] Hart, Michael. The 100: a Ranking of the Most Influential Persons in History. London: Simon & Schuster, 1993. Hal. 3
[4] Abdullah Nasih Ulwan. Pejuang Pembaharuan: Salahuddin al – Ayubbi. Trans. Basri Ibrahim. K Lumpur: Darul Nu’man, 1999. hal. 156
[5] Lihat: Prof. Dr Shalaby: 1968. Hal. 164
[6] Lihat: Lukman Thaib. Politik menurut Perspektif Islam. Selangor: Synergymate, 2001. Hal. 1 - 2
[7] Hj. Abdullah B Hj. Abdul Wahab. Et al. Mengenal Islam. Tingkatan II. K Lumpur: Pustaka Antara, 1978. Hal. 144
[8] Nur Ahmed. Forty Great Men and Women in Islam. New Delhi: Adam Publishers & Distributors, 2005. Hal. 9
[9] Prof Dr Shalaby: 1968. Hal. 246
[10] Ahmad Adnan Fadzil. Jihad Peperangan Rasulullah saw. K Lumpur: Pustaka Syuhada, 2001. Hal. 16
[11] Hj Abdullah: 1978. Hal. 149
(Islam) ialah agama yang mengatur segala – galanya yang memelihara rasa dan
perasaan, yang mendidik akal dan hati, yang mengajar manusia tentang hal – hal
dunia dan akhirat mereka. [2]
Allah swt berfirman dalam Al – Quran, mafhumnya;
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas)
fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada
perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui,
(ar Rum :30)
Maknanya Islam ini merupakan satu agama yang dicipta mengikut fitrah manusia dan seharusnya kita sebagai hamba kepada Allah menerima agama ini tanpa banyak bicara keseluruhannya.
Begitu juga, Nabi kita Nabi Muhammad SAW, ia merupakan role – model kepada keseluruhan aspek kehidupan kita, dari segi kerohanian, politik, diplomasi serta ilmu medan perang.
Orieantalis barat, Michael Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History telah mengambil Nabi Muhammad SAW sebagai insan di kedudukan pertama dengan hujah beliau yang berbunyi:
… tetapi dialah sahaja di dalam sejarah yang mana berjaya dengan cemerlang di
kedua – dua aspek kehidupan iaitu agama dan juga keduniaan. [3]
Selain dari ibadat, Islam mementingkan aspek – aspek lain dalam kehidupan manusia, sebagai contoh:
EKONOMI
Islam meletakkan ekonomi di dalam situasi yang berlandaskan keimanan yang mana ianya dapat menghindarkan manusia dari melakukan penipuan dan dosa. Allah swt berfirman dalam Surah al – Mutaffiffin ayat 1 – 3 maksudnya;
Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang
apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila
mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.
Ekonomi berlandaskan Islam mengajar manusia menyedari segala keuntungan dan harta benda itu hanyalah milik Allah swt dan mereka Cuma diberi amanah untuk mengurusnya. Allah swt berfirman dalam Surah al – Maidah ayat 120, mafhumnya:
Kepunyaan Allah langit, bumi dan segala isinya
Sebagai contoh, kita ambil iktibar dari cerita Sallahudin al – Ayubbi ketika beliau memerintah, Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya bertajuk Pejuang Pembaharuan: Salahuddin al – Ayubi menulis;
…beliau bukanlah Sultan yang tidak mempunyai matlamat dalam membelanjakan harta
Negara, sebaliknya wang – wang ini dibelanjakan untuk matlamat yang dituntut
oleh syarak seperti memulihkan sector – sector pembangunan yang boleh
mendatangkan manafaat kepada rakyat. [4]
SOSIAL
Islam meletakkan aspek social antara manusia di bawah kawalan dan asas aqidah dan akhlaq
Allah swt berfirman dalam Surah al – Hujjurat ayat 13 mafhumnya:
Hai sekelian manusia! Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan, dan kami
jadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku – suku kaum untuk kamu berkenal –
kenalan, sesungguhnya semulia – mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling
bertaqwa.
Ayat ini mengingatkan manusia kepada punca hidup yang satu dan menetukan bahawa kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada asal keturunan atau warna kulit, tetapi pada keimanan dan ketaqwaan sesaorang itu. [5]
POLITIK
Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata;
Negara (politik) dan agama saling memerlukan antara satu sama lain. Agama ialah
ibarat suatu taman yang penuh dengan segala makanan sedangkan Negara (politik)
adalah dianggap sebagai pagar kepada taman tersebut. Taman tidak bererti jika
ianya tidak berpagar, begitu jua pagar juga tidak bererti jika di dalamnya
kosong tiada bermenafaat. [6]
Islam meletakkan asas – asas yang holistic dalam menerajui sesebuah Negara baik kepada pemerintah, rakyat mahupun jiran tetangga Negara tersebut.
Sebagai contoh dengan termaktubnya Perlembagaan Madinah pada awal penghijrahan Nabi Muhammad saw ke Madinah, maka beberapa kesan yang sangat penting dalam scenario politik umat Islam masa itu telah kelihatan, antaranya; [7]
i. Dengan ujudnya Perlembagaan Madinah, bererti sebuah Negara Islam telah lahir
ii. Dengan meletakkan nabi Muhammad saw sebagai ketua Negara, bererti telah terlaksanalah undang – undang Islam di Negara Madinah
iii. Kehidupan rakyat keseluruhannya lebih terjamin kerana orang – orang yang bukan Islam diberikan perlindungan disamping mereka bebas mengamalkan upacara keagamaan mereka.
Sebagai contoh, Kalifah Umar bin Abdul Aziz semasa pemerintahnya telah memerintahkan supaya dipulangkan tapak Gereja John the Baptist di Damsyik kepada pihak kristian yang diruntuhkan oleh kalifah sebelumnya setelah pihak kristian mengadu kepadanya. [8]
Pemimpin setiap Negara Islam dikehendaki bertugas untuk kepentingan rakyat mereka. Ini jelas dalam suatu Hadis Nabi Muhammad saw;
Siapa yang diangkat oleh Tuhan mengenai sesuatu dari hal ehwal kaum Muslimin lalu ia tidak menunaikan hajat mereka serta membiarkan kemiskinan kepada mereka, Tuhan juga akan membiarkan hajatnya dan kemiskinan nya pada hari Kiamat. [9]
KETENTERAAN
Allah swt berfirman dalam Surah al – Baqarah ayat 193, maksudnya;
Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya
semata – mata untuk Allah.
Iman Jassas dalam kitab Ahkamul Quran ketika metafsirkan ayat ini menyatakan “Wajib memerangi orang – orang kafir sehingga mereka meninggalkan kekufuran.” [10]
Aspek peperangan dalam Islam bolehlah kita simpulkan dalam beberapa fasa, iaitu; Dasar mengenai kewajiban berperang di jalan Allah, Tujuan dan matlamat, Tuntutan bersedia untuk berperang dan sebagainya.
Kewajiban berperang/ berjihad [11]
i. Allah mengizinkan kaum muslimin berperang apabila mereka diserang oleh pihak musuh
ii. Orang Islam ditegah dari memulakan provokasi atau menyerang tanpa sebab
iii. Allah mengizinkan perang adalah kerana mereka dizalimi sehingga terhalau dari kampung halaman mereka (rujuk Surah al Hajj ayat 39 – 40)
Tujuan & Matlamat
Tujuan:
a) Mempertahankan keselamatan jiwa
b) Memelihara penyebaran dakwah Islam di muka bumi
c) Mengawal perpaduan umat islam dari dihancurkan oleh kaum musyrikin
Matlamat:
a) Membalas serangan musuh – rujuk Surah al – Baqarah ayat 190
b) Membantu kaum muslimin yang lemah yang dizalimi oleh pihak kafir – rujuk Surah An Nisa: 75
c) Menghukum perosak agama dan kerajaan Islam – rujuk Surah Al – Hujurat ayat 9
Tuntutan bersedia untuk berperang
Allah swt berfirman dalam Surah al – Anfal ayat 60, maksudnya:
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi
dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)
kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu
tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan
pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan
dianiaya (dirugikan).
Maka dengan itu jelaslah bahawa Agama Islam ini merupakan satu agama yang amat lengkap dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Firman Allah swt dalam Surah al – Baqarah ayat 208, maksudya;
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya
setan itu musuh yang nyata bagimu.

Comments