Zaman yang kurindui

Ratus tahun zaman meninggal
Bersembunyi di balik tabir penjajah
Hampir dilupai rakyat jelata
Bangun menuntut kurnia Allah
Menentang pekerti penjajah lata

Ingatlah rakyat manisnya nikmat
Merdeka raya memerintah sendiri
Hidupkan semula semangat waja
Mara sekarang membela umat

Menebus hak keadilan keadilan negeri
Kehormatan bangsa ugama ditaja

Nukilan
Prof Zukifli Muhammad
Medan Masyarakat, Disember 1946

Sajak karya bekas Timbalan Yang di Pertua Agung PAS ini sengaja dinukilkan sebagai kata – kata perangsang dan renungan untuk para petugas PRK di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Semoga bait – bait sajak di atas dapat merangsangkan lagi kerja kuat kita untuk memenangkan ISLAM di muka bumi Malaysia ini. InsyaAllah.

Sumber: Talib Samat. Pemikiran Bahasa & Sastera Zulkifli Muhammad dari Perspektif Islam. K Lumpur: DBP, 2002. hal, 174

Comments

Unknown said…
ana ada semangat WIRA je yg baru servis semalam boleh bawak gi bkt gantang...hehehe..semangat waja ke persona ke takde lah...
Anonymous said…
Semangat kancil pon boley kot hahahah...

Popular Posts