Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lagi!

***Sajak sang Suami****
Isteriku , jika engkau bumi,akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasaakan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......Relakanlah aku menyinari planet lain,menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***
Suamiku,
andai kau memang mentari,sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yangtelah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII. .Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!
jangan la nak berangan!!

Comments

Popular Posts