TUNTUTAN KEJAYAAN SESEBUAH ORGANISASI (Part 1)

1. Segala kerja mesti berbentuk kerjasama berpasukan
Hank McKinnell, Pengerusi dan CEO Pfizer merumuskan semangat kerjasama berpasukan ini amat perlu. Katanya; saya amat mempercayai kerja berpasukan. Dalam menguruskan sebuah syarikat yang besar dan komplikated, anda amat perlukan seberapa banyak maklumat dan sudut pandang yang berbeza.

Mohd Shuhaimi Embong dalam bukunya, Membina Organisasi: Satu Panduan pula mengatakan semangat kerja berpasukan ini akan memupuk semangat persaudaraan dan Bantu membantu antara satu sama lain antara ahli di dalam organisasi.

2. Mesti ada ketaatan dan kepatuhan
Allah swt berfirman dalam Al Quran; mafhumnya; Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisaa: 59)

Ahli falsafah Itali pula menulis; By learning to obey, you will know how to command

3. Rapi, sistematik dan teratur
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As Saff: 4)

Samuel Smiles, President, National Provident Institution, ketika memperkatakan tentang kerapian dan keteraturan, beliau menyebut; cara paling pantas untuk melakukan pelbagai perkara dalam satu masa ialah lakukannya satu persatu.

4. Di dalam semangat Ukhwah dan Persaudaraan
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

Dalam setiap organisasi, setiap ahli dan pimpinan hendaklah mempunyai rasa persaudaraan dan ukhwah dan berlapang dada untuk menerima teguran dan kritikan. (Shuhaimi, 2007: 26)

5. Penumpuan, pengorbanan dan keikhlasan
Mitch Ablom pernah berkata; Sometimes when you sacrifice something precious, you're not really losing it. You're just passing it on to someone else.

Sementara Allah berfirmah dalam Al Quran, mafhumnya;
yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan. (Al Lail: 18 – 21)


Bersambung...

Rujukan
1. http://www.quotationspage.com/

2. http://www.al-islam.com/mal/

3. Mohd Shuhaimi Embong. Membina Organisasi: Satu Panduan. K Lumpur: Nufair Street, 2007.

4. N A Baiquni, et al. Indeks Al Quran. Surabaya: Arkola, 1996

5. Meredith D Ashby, and Stephen A Miles. Ed. Leaders Talk Leadership: Top Executives Speak Their Minds. New York: Oxford UP, 2002.

6. Susan Ratcliffe. Ed. Oxford Quotations and Proverbs. New York: Oxford UP, 2001

Comments

Popular Posts