Ceramah Isu Palestine, AU2 anjuran Muslim Care. Feb 10, 2009

Anggota Unit Amal Hulu Kelang yang terlibat sama menjayakan Program Ceramah Isu Palestin anjuran Muslim Care, sebuah NGO Islam di Padang AU2

Unit Amal Hulu Kelang turut dibantu oleh sepasukan Unit Amal Rawang bagi melancarkan lagi majlis ceramah tersebut


Kehadiran Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli ke tapak program, beliau merupakan salah seorang penceramah pada malam tersebut


Muslim Care Malaysia adalah sebuah NGO berdaftar di Malaysia dan juga merupakan NGO Muslim yang berdaftar dengan JAIS.
Muslim Care menjalankan aktiviti dan memberikan bantuan kemanusiaan melepasi batasan sempadan agama, kaum dan negara. Muslim Care memberikan bantuan kemanusiaan kepada golongan yang memerlukan di dalam Negara dan juga di negara-negara lain.
Antara aktiviti Muslim Care di Malaysia adalah Bantuan kepada Mangsa Banjir, Jejak Warga Miskin di Pendalaman dan Menyampaikan Bantuan dalam Menyambut Ramadhan, Program Patient Care iaitu memberikan bantuan kepada pesakit dan keluarga pesakit kronik di Hospital, Program Kasih Muallaf iaitu memberi bantuan kepada keluarga Mullaf yang kematian suami, Program Love Islam iaitu Program Dakwah kepada golongan yang berpotensi untuk bersama Islam dan juga bantuan kepada Anak-Anak Yatim dan Ibu-Ibu Tunggal.
Di luar negara pula Muslim Care terlibat dalam Misi Bantuan Kemanusiaan untuk mangsa Tsunami di Aceh, Gempabumi di Pakistan, Gempabumi di Jogjakarta dan Misi Menjalankan Ibadah Korban di Kemboja dan Jogja. Di samping itu Muslim Care juga ada membina Rumah Anak Yatim di Meulaboh, Aceh dan membina sebuah Masjid yang dinamakan Masjid Muslim Care di Kemboja. Selain dari itu, pada setiap tahun Muslim Care mengadakan Kutipan Derma Khas bagi membantu Umat Islam di Palestin. Muslim Care Malaysia adalah wakil di Malaysia kepada Muassasah Al-Quds Sedunia.


Comments

Popular Posts