Rayuan Pakcik Macdonalds

Balik dari kerja petang tadi aku terjumpa sehelai warkah rayuan dari Pakcik Macdonald yang diletakkan di dalam peti surat rumahku.

Setelah aku baca dan teliti, maka fahamlah sudah aku akan maksud yang tersurat dan tersirat.

Cuma, buat makluman Pakcik, saya dan sekeluarga memang dah lama tak berkunjung ke rumah Pakcik kerana maklumlah, kami sekeluarga bukan lah golongan yang beruang emmm.. betul kut ayat tu.

Tapi kalau Pakcik nak lebih ramai lagi kami - kami berkunjung ke rumah Pakcik, eloklah pakcik tukar nama pakcik dari PAKCIK MACDONALDS KEPADA PAKCIK MAT DAUD ke MAT DOLLAH ke... Sekadar pendapat Pakcik, jangan marah lak.

Buang - buang la nama keturunan penjajah tu kalau Pakcik berpendapat bahawa Pakcik merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan di bawah rang undang - undang Malaysia coz Malaysia dah 51 tahun masuk 52 tahun MERDEKA

Terima Kasih Pakcik

Comments

Popular Posts