XPDC Tabuh Merdaka 2008

Pemuda Pas Hulu Kelang telah berjaya menganjurkan satu XPDC Mendaki Bukit Tabuh pada 31 Ogos 08. Antara Objective XPDC tersebut ialah menanamkan semangat patriotisma dan jati diri dikalangan ahli dengan melakukan kegiatan lasak serta melaksanakan misi menggantung bendera Malaysia bersaiz 8x10 kaki di Puncak Bukit Tabuh, Kemensah, Hulu Kelang.


XPDC ini merupakan salah satu aktiviti Bulan Kemerdekaan yang telah dirancang oleh Pemuda PAS Hulu kelang


Seramai 10 orang peserta telah berjaya menawan Puncak Tertinggi di Hulu Kelang


Bukit Tabuh yang terletak di Melawati, Ulu Klang, Selangor mempunyai ketinggian setinggi 396 meter (1,300 kaki).


Bukit Tabuh mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan.


Pihak Pemuda PAS Hulu kelang juga merancang satu lagi program berbentuk pengembaraan pada 18 Oktober 2008 ini.


Program yang dikenali sebagai Kembara Amal 2008 ini akan diadakan di Kem Isi Rimba, kemensah, Hulu kelang. Program yang bakal dirasmikan oleh YB Saari Sungip, ADUN Hulu Kelang ini akan berkonsepkan santai dan lasak dimana aktiviti seperti sukan paintball dan perkhemahan.


Program anjuran Pemuda PAS Hulu kelang, dengan kerjasama Unit Amal Gombak, Pusat Khidmat.


Segala pertanyaan boleh diajukan kepada Sekretariat Program di talian 03 41056610, Sdr. Helmizan, 013 2847892 atau Sdr. Misri,019 3118980

Comments

Popular Posts