Tangan - tangan Halus neo-Con dalam Zon Larangan Terbang Libya (pt 1)
Sedar atau tidak, Kempen Larangan Terbang ke atas Libya di dalangi oleh puak –puak neo – con yang sememang amat memusuhi Islam dan Negara – Negara Islam.
Sememangnya tindakan Ghadaffi dan tenteranya menyerang orang awam memang tidak boleh diterima dan dimaafkan tetapi ruang vacuum yang dibiarkan oleh OIC dengan tidak mengambil apa –apa langkah menyebabkan dunia barat, terutama Amerika mengambil kesempatan memanjangkan cengkaman penjajahan alaf baru mereka.
Seawal 23 Feb 2011 lagi Presiden Obama telah menyatakan bahawa;
“I’ve... asked my administration to prepare the full range of option that we have to respond to this crisis.”[1]
Dengan segera, puak neo – con yang diterajui oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Foreign Policy Initiative (FPI), yang kebanyakannya dianggotai oleh bekas penasihat Presiden Bush[2] seperti Paul Wolfowitz [3], Max Boot [4], Reuel Marc Gerecht [5], Robert Kagan [6] dan William Kristol [7] telah menghantar sepucuk surat kepada Presiden Obama meminta Kerajaan US segera mengadakan Zon larangan Terbang Ke atas Libya[8] pada 1 Mac 2011
Isu yang megatakan bahawa puak anti – Ghadaffi yang meninta bantuan luar tidak timbul sebelum itu kerana mereka masih lagi berdebat sama ada ingin meminta bantuan luar atau tidak, Washington Post memetik Cuma 3 orang dari sebahagian mereka yang bersetuju meminta campurtangan asing membantu mereka.
Untuk makluman Pasukan Majlis Anti Ghadaffi ditubuhkan dengan 31 orang ahli majlis dan diketuai oleh Bekas Menteri Undang – undang Libya, Mustafa Abdeljeleel [9]
bersambung...
[3] He is a leading neoconservative. As Deputy Secretary of Defense, he was "a major architect of President Bush's Iraq policy and ... its most hawkish advocate." – Wikipedia.org
[4] Max Boot(born 1969) is an American author, consultant, editorialist, lecturer, and military historian. He has been a prominent advocate for American militarism
[5] He is a former director of the Project for the New American Century's Middle East Initiative and a former resident fellow at the American Enterprise Institute
[6] He co-founded the Project for the New American Century (PNAC) in 1997 and co-signed an open letter to President Clinton on Iraq.[4] He also co-signed a letter from the PNAC to George W. Bush on September 20, 2001 "to endorse [Bush's] admirable commitment to 'lead the world to victory' in the war against terrorism."
[7] Kristol is associated with a number of prominent conservative think tanks. He was chairman of the New Citizenship Project from 1997 to 2005. In 1997, he co-founded the Project for the New American Century (PNAC) with Robert Kagan
Comments