Kaunter Semakan Daftar Pemilih dan Keahlian PAS Pemuda Gombak




Sabtu, 12 Disember 2009 - Taman Melawati. Dewan Pemuda PAS Gombak dengan kerjasama Pemuda DUN Hulu Kelang telah membuka kaunter Pendaftaran Keahlian PAS & Semakan Daftar Pemilih di lokasi Pasar Malam Taman Melawati.
Kaunter tersebut berjaya menarik minat ramai pengunjung pasar malam tersebut untuk mendaftar sebagai ahli PAS dan juga menyemak serta mendaftar diri sebagai pemilih pilihanraya.
Memandangkan sambutan yang mengalakkan, kaunter - kaunter ini akan dibuka di tempat umum sekitar Hulu Kelang dari masa ke semasa.
Comments