Makan malam di Hentian Mahkota, Parit Simin, Muar, Johor





Hentian Mahkota nama baru Medan Ikan Bakar Parit Simin.

Medan Ikan Bakar Kampung Parit Simin dekat sini kini telah dikenali sebagai Hentian Mahkota.Nama baru itu diberikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail yang singgah di situ sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2008.

Hentian Mahkota yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah itu memang terkenal dengan keenakan sajian pelbagai jenis ikan bakar bukan sahaja oleh penduduk setempat, malah menjadi tumpuan pengunjung luar.

Jaraknya lebih kurang 12km daripada bandar Batu Pahat menuju ke arah Muar disebelah kiri jalan. Di sana kita dapat memerhati keindahan laut dan jika bernasib baik anda dapat melihat bagaimana Nelayan memunggah hasil tangkapan laut ke atas jeti dan anda berpeluang membeli ikan-ikan baru. Jangan Lupa menuju ke sana.

http://adun.johordt.gov.my/index.php/semerah/2009/10/09/iklan

Comments

Popular Posts