Selamat Hari Jadi Aku
Hari ni May 14 2009 merupakan hari jadi ku yang ke 33. hehehe sendiri je la yg ucap selamat, x termasuk isteriku yg ucap kannya awal pagi tadi
Hadiah hari jadi? x der arr cuma aku ade la menghadiah kan kpd diri ku satu set nokia E71 yang dihutang dari koperasi.
Bercerita tentang 14 May ni, beberapa kejadian telah berlaku di Malaysia pada tarikh tersebut:
PEMBUKAAN RASMI BANGUNAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KUWASA)
1985-05-14
Pada hari ini dalam tahun 1985, Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan pembukaan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KUWASA) bertempat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Pembukaan rasmi bangunan KUWASA ini juga membuka lembaran kepada KWSP dengan menceburi sektor harta yang memberi keuntungan kepada ahli-ahlinya. Dalam ucapannya Perdana Menteri, memuji usaha KWSP yang membina bangunan dan menyewakan kebanyakan ruangnya, beliau mengesa kepada perbadanan dan syarikat-syarikat kerajaan untuk mencontohinya.
KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka
PENENTUAN LAMBANG PARTI-PARTI POLITIK
1955-05-14
Pada hari ini dalam tahun 1955 parti-parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada 27-7-1955 telah menentukan pemilihan lambang-lambang parti masing-masing.
Di dalam pemilihan lambang-lambang ini parti Perikatan UMNO-MCA telah memilih Kapal Layar sebagai lambangnya; Parti Negara memilih Tangkai Padi; Parti Islam Setanah Melayu berlambangkan Bulan Sabit dengan Bintang; manakala Parti Buruh Malaya memilih lambang Cangkul dan Pen yang berpalang.
Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party) iaitu parti pimpinan Menteri Besar Perak, Dato' Panglima Bukit Gantang Hj. Abd. Wahab,l dan Parti Buruh Province Wellesley yang dipimpin oleh Puan B. H. Onn seorang peguam dan ahli Majlis Perundangan Persekutuan memilih Harimau dan Jambatan sebagai lambang parti masing-masing.
Untuk menjayakan pilihanraya ini Pendaftar Pilihanraya Persekutuan telah menyiapkan daftar senarai pengundi-pengundi bagi Majlis Perundangan Persekutuan yang dianggarkan berjumlah lebih sedikit 1,280,000 orang.2 Selain daripada itu, Johor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang telah mengeluarkan sendiri daftar pengundi masing-masing; manakala bagi negeri-negeri yang lain telah dihantarkan salinan stensil.
Inilah pertama kalinya lambang-lambang parti telah dipilih untuk pilihanraya di negara ini.
KD LEKIR TLDM DILANCARKAN
1983-05-14
Kapal-kapal laut merupakan keperluan asas bagi Tentera Laut DiRaja Malaysia untuk menjalankan fungsi dan objektif yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Di antara beberapa buah kapal laut TLDM yang sering digunakan untuk latihan-latihan dan kawalan keselamatan perairan laut negara ini ialah KD Sri Indera Sakti, KD Paus, KD Pari, KD Gempita, KD Lekir dan lain-lain lagi.
KD Lekir TLDM adalah sebuah kapal jenis Corvette yang telah dibina oleh Howaldswerke - Deusche Werff AG Kiel, Republik Persekutuan Jerman. Kapal KD Lekir telah dilancarkan pada hari ini 14.5.1983 dan ditauliahkan 3 bulan kemudiannya. Kapal KD Lekir dinamakan adalah sempena nama pahlawan Kesultanan Melaka Hang Lekir yang telah berjasa dan menunjukkan taat setia kepada Sultan dan Kerajaan Melaka. Untuk mengingati jasa-jasa beliau dan sebagai tanda penghargaan, kapal ini dinamakan dengan nama KD Lekir.
Setelah pelancaran dan menerima pentauliahan KD Lekir telah kembali ke Tanah Air pada November 1984 dan seterusnya melaksanakan tugas operasi dan latihan bersama dengan kapal-kapal lain dalam TLDM. Pencapaian dan prestasinya yang baik telah menempatkan KD Lekir ditangga Ke 2 semasa pemilihan Piala Agong tahun 1986. Berkat ketabahan dan dedikasi serta kecemerlangan pegawai dan anak-anak kapal semasa pemeriksaan tahunan pada November 1987, sekali lagi KD Lekir telah berjaya memperolehi markah tertinggi di dalam pemeriksaan tersebut bagi tahun 1987-1988 dan dengan itu dianugerahkan Piala Agong.
Sesungguhnya KD Lekir merupakan sebuah kapal TLDM yang telah berjaya memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk mengharumi nama Malaysia di seluruh pelusuk dunia, seganding dengan kapal-kapal laut TLDM yang lainnya
MAJLIS PENAMAAN SEMULA SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (S.T.A.R.) IPOH, PERAK
1958-05-14
Pada hari ini dalam tahun 1958, sekolah Malay Secondary School, Ipoh telah dinamakan sebagai Sekolah Tuanku Abdul Rahman, mengambil sempena nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama. Penamaannya juga selaras dengan perpindahan sekolah ini ke bangunannya sendiri di Tiger Lane (kini dikenali sebagai Jalan Sultan Azlan Shah).
Berkeluasan 40 ekar, sekolah ini mengandungi dua bangunan utama untuk 13 bilik darjah, bangunan pentadbiran, bilik pertukangan (kayu dan logam), makmal sains, bilik dapur/dewan makan, dewan perhimpunan dan enam bangunan asrama berasingan. Majlis menamakan semula sekolah ini telah disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Penamaan semula sekolah ini dilakukan atas cadangan Menteri Pelajaran ketika itu, Encik Mohamed Khir Johari. Pada peringkat awal, sekolah ini dicadang dinamakan sempena nama YTM Tunku Abdul Rahman tetapi tidak dipersetujui oleh beliau, sebaliknya beliau mencadangkan sekolah ini dinamakan sempena nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh untuk anak-anak Melayu yang cerdik di luar bandar untuk mendapat peluang yang lebih baik menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Usaha kerajaan ini telah banyak membawa perubahan positif kepada masyarakat Melayu luar bandar .
PENUBUHAN LEMBAGA KRAFTANGAN MALAYSIA
1973-05-14
Pada hari ini 14.05.1973, Lembaga Kraftangan Malaysia ditubuhkan di bawah Seksyen 25, Akta Majlis Amanah Rakyat, 1966. Tujuan asal penubuhan Lembaga Kraftangan Malaysia itu ialah untuk memaju dan menggalakkan perusahaan kraftangan bagi meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha kraftangan yang kebanyakannya terdapat di kawasan luar bandar.
Pada tahun 1979, Lembaga Kraftangan Malaysia telah ditukar menjadi sebuah Perbadanan di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 dan dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang bertanggungjawab di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar bertanggungjawab untuk mengendalikan latihan kemahiran asas kraftangan untuk para belia menjalankan kajian serta penyelidikan yang berkaitan dengan teknik pengeluaran, mutu barangan serta lain-lain bahan mentah tempatan yang boleh digunakan untuk perusahaan kraf. Penubuhan Lembaga Kraftangan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1973, merupakan nadi penggerak di dalam pembangunan perusahaan kraf di negara ini.
PERASMIAN KOMPLEKS PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN PERSEKUTUAN , KOTA BHARU
1981-05-14
Pada hari ini 14.5.1981, D. Y. M. M. Sultan Kelantan, Sultan Ismail Putra telah merasmikan pembukaan bangunan 13 tingkat Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Persekutuan di Kota Bharu. Hadir sama dalam istiadat perasmian bangunan tersebut ialah D. Y. M. M. Raja Perempuan Kelantan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Haji Hussein Ahmad, Menteri Kerjaraya Datuk Samy Velu dan lain-lain pembesar negeri.
Dalam titah ucapannya semasa merasmikan pembukaan bangunan pejabat tersebut, D. M. M. Sultan Kelantan berharap kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.
Titah baginda lagi kerjasama yang terjalin erat sekarang telah menunjukkan prestasi yang memuaskan bagi pembangunan negeri Kelantan. Sementara itu Menteri Kerjaraya, Datuk Samy Velu dalam sembah ucapannya menyatakan kementeriannya memperuntukkan sebanyak 300 juta untuk negeri Kelantan bagi tempoh Rancangan Malaysia Keempat. Peruntukkan tersebut adalah untuk memajukan negeri Kelantan khususnya kawasan luar bandar.
Dengan perasmian Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan itu pada hari ini dalam tahun 1981 telah dapat menyatukan semua pejabat-pejabat kerajaan persekutuan di Kelantan di bawah satu bangunan iaitu bangunan kompleks 13 tingkat yang menjadi satu lagi mercu tanda bandar Kota Bharu ini
PERASMIAN MAKTAB PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG
1959-05-14
Pada hari ini 14.5.1959, Pemangku Perdana Menteri, Datuk Abdul Razak Hussein telah merasmikan Maktab Perguruan Persekutuan Tanah Melayu yang terletak di Gelugor, Pulau Pinang. Bangunan berharga $6 juta itu mula dibina dalam tahun 1956 dan siap serta mula dibuka pada 20 Mei 1957.
Adalah menjadi cita-cita kerajaan pada masa itu untuk mendirikan dua buah Maktab Perguruan iaitu di Kota Bharu dan di Pulau Pinang bagi menggantikan maktab-maktab sementara di Kirkby dan Wolverhamton, di United Kingdom. Kira-kira 300 orang pelatih menjadi pelajar perintis di maktab baru itu.
Di peringkat awal pihak maktab memberi latihan sebagai guru am untuk sekolah menengah dengan mata pelajaran wajib, Ilmu Pendidikan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Ilmu Kesihatan, serta Pendidikan Jasmani bersama-sama dengan satu mata pelajaran pilihan.
Kaedah latihan di Maktab itu terus berkembang dari masa ke semasa secara berperingkat-peringkat. Ini termasuk pengkhusussan dalam pelajaran Ilmu Hisan dan Sains. Maktab Perguruan itu memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat mengenai kaedah dan pemikiran terbaru dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran.
Kegiatannya telah diluaskan hingga ke Sabah dan Sarawak, terutama dalam pengajaran Ilmu Hisab Moden. Sesungguhnya, peranan Maktab itu semakin berkembang dan banyak membantu dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara ini. Sebagai contohnya, sejak tahun 1982, Maktab tersebut pernah diamanahkan untuk melatih siswazah, pemegang Biasiswa Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengikuti Kursus Sijil Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
SEKOLAH KANAK-KANAK NAKAL DUSUN TUA DIBUKA
1948-05-14
Pada hari ini dalam tahun 1948, Yang Terutama Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu telah membuka secara rasmi Sekolah Kanak-Kanak Nakal di Dusun Tua, Selangor.
Menurut Sir Edward Gent, Sekolah Kanak-kanak Nakal ini dikhaskan untuk kanak-kanak lelaki yang menempuh kehidupan di dunia ini tanpa penjagaan dan kasih sayang sepertimana yang dirasai oleh kanak-kanak lain.
Sekolah ini juga turut membantu dan membentuk perangai serta kebolehan kanak-kanak tersebut sebagaimana rakan-rakan mereka yang lain. Sekolah kanak-kanak nakal ini menyediakan kemudahan seperti sebuah bilik bacaan, bilik menjahit, sebuah kedai ubat dan dua buah bangunan asrama.
Di samping itu disediakan juga kawasan yang lapang untuk kanak-kanak ini bermain. Selepas upacara perasmian, Sir Edward Gent telah melawat di sekitar bangunan baru sekolah ini yang terletak dalam satu bahagian pusat latihan tentera. Sekolah ini diselia oleh seorang tempatan.
Sir Edward kemudiannya telah bersua dengan kumpulan pertama kanak-kanak tersebut yang seramai 47 orang. Sekolah ini dirancang untuk menempatkan seramai 400 orang dan terbuka kepada kanak-kanak dari segenap pelusuk Persekutuan Tanah Melayu.
Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Nakal, Dusun Tua memberi harapan kepada kanak-kanak nakal hidup dengan lebih teratur dan berdisiplin di samping pengawasan yang lebih baik.
Sumber:
http://www.arkib.gov.my/

Comments