XPDC Ketupat Limau 1999
Hari pertama (13/02/99)
11.00 am setelah berkumpul di Stesen Bas Gerik. 2 Buah van telah sedia menanti. Setelah siap memuatkan barang ke dalam van dengan tidak membuang masa kami terus menuju ke Jeti Kuala Temenggor yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Pekan Gerik.
11.40 am tiba di Jeti Kuala Temenggor. Setibanya di sana Chedin menyerahkan segala dokumen-dokumen yang berkaitan dengan xpdc kami ke Trojan (Balai Polis Marin Jeti Temenggor). Kami menunggu 2 buah bot yang sepatutnya tiba untuk mengangkut kami tiba. Sambil kami menunggu sempat juga kami menikmati keindahan pemandangan disekitar kawasan tasik yang nyaman dan damai.
12.50 pm 2 buah bot yang akan mengangkut kami ke Pos Kemar Tiba. Aktiviti memuatkan barang pun terjadi. Segala langkah keselamatan diambil kira. Setelah siap semuanya bot pun berlepas ke permulaan destinasi XPDC. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Walaupun agak kepenatan tetapi suasana tenang dan nyaman di sekitar perjalanan menjadikan kami asyik dan terlupa. Kelihatan suasana hijau yang masih lagi asli dan segar, jauh dari pencemaran asap kilang dan hiruk-pikuk kota.
2.00 pm Tiba di Kuala Khemah. Setelah itu kami menunggu pula kenderaan 4x4 yang akan membawa kami ke Pos Kemar. Keadaan pada masa itu pada mulanya tenang tetapi tiba-tiba dikejutkan kerana hujan turun dengan agak lebat. Kami terpaksa membungkus kelengkapan kami dengan beg plastik supaya tidak basah. Nasib kami juga agak baik kerana dapat menumpang teduh di bangsal yang telah ditinggalkan.
3.15 pm "Lain yang ditunggu, lain pula yang tiba" sepatutnya kenderaan 4x4 yang mengangkut kami tapi Sebuah Traktor Feclra "KUBOTA" 4x4 pula yang tiba, kami semua dah tak kisah lagi dengan semua tu apa yang penting tiba di tempat yang dituju. Apa lagi dengan keadaan jalan yang basah dan licin KUBOTA terus mengangkut kami ke tempat destinasi dengan gagahnya. Keadaan memang amat menakutkan kami kerana melihatkan keadaan KUBOTA yang mengangkut kami itu bergoyang kiri dan ke kanan sambil menaiki anak bukit yang agak curam dan licin. Kami semua hanya berdoa agar kami semua selamat sampai. Sedang semuanya berhati-hati dengan keadaan yang melanda, kami dikejutkan dengan jatuhnya salah seorang peserta yang bernama Syam Cina dari Troli kubota, tetapi dengan sepantas kilat bagaikan tindakan refleks beliau mampu melompat semua ke dalam troli (macam spiderman).
3.45 pm Kami pun tiba ke salah sebuah kawasan sekolah (RPS Kemar) lama yang telah ditinggalkan kerana menurut orang tempatan sebuah sekolah baru telah dibina di kawasan baru. Kami sepatutnya di bawa ke Rumah Penghulu Rahmat di Kg. Rantau dan tidur di sana tetapi oleh kerana keadaan air sungai yang naik dan jambatan yang masih dalam pembinaan, pemandu Kubota (Abg Kubota) mencadangkan kami tidur saja di kawasan kediaman kakitangan FECLRA yang ditinggalkan. Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak begitu baik dan hari yang hampir petang kami tidur saja di kawasan itu.
Apa lagi kami pun mengambil peluang ini untuk mengeringkan alatan dan pakaian yang basah. Ada juga yang mengambil peluang untuk membersihkan badan dan mandi-manda. Kelihatan juga anak-anak orang asli yang beriadah dengan bermain bola. Ada juga di kalangan peserta yang memang kaki bola lalu join sama dengan budak-budak asli. Kalau di lihatkan keadaan saiz memanglah keadaan fizikal peserta besar-besar tetapi sebaliknya mereka dibuli pulak oleh budak-budak asli tu. Tiba waktu hampir malam kami bersiap-sedia menyiapkan makan malam. Setelah semuanya selesai kami semua pun mengambil peluang ini untuk beramah mesra sambil mengenali antara satu sama lain. Kerana ada di kalangan kami yang baru pertama kali bertemu.
Pada malam itu kami dikunjungi oleh Guide yang sepatutnya membawa kami. Setelah berbincang dan mempersetujui antara satu sama lain beliau pun beredar. Kemudian penghulu Rahmat pula tiba untuk melihat keadaan kami sambil berbincang tentang ekspedisi kami yang bermula esoknya.
Lepas tu semua pun melelapkan mata kerana esok kerja keras beb!!!!.
Hari kedua (14/02/99)
9.00 am setelah bersiap kami pun menuju ke rumah Penghulu Rahmat. Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih. Kelihatan di kiri dan kanan kami rumah-rumah penempatan semula yang didiami oleh kaum asli. Kelihatan mereka memang mesra dan ramah.
10.05 am tiba di Kg. Rantau di rumah penghulu Rahmat. Di situ kami diberi taklimat ringkas oleh penghulu agar perjalanan kami tidak bermasalah. Setelah Chedin menyerahkan segala dokumen yang perlu kami pun tanpa membuang masa memulakan perjalanan merentas kebun getah FELCRA yang bukitnya boleh tahan curam dan tinggi. Sepanjang perjalanan kami terpaksa meredah beberapa anak sungai.
12.00 pm Berhenti rehat di Chacu (ikut lidah sana) untuk makan tengahari dan mengisi bekalan air. Kemudian kami pun meneruskan perjalanan ke Kem Agas (campsite 1). Perjalanan kami tersekat-sekat kerana terpaksa menempuh beberapa anak sungai yang airnya agak deras juga.
6.03 pm di kawasan rehat , kami terpaksa bermalam di sana kerana menurut guide perjalanan ke Kem Agas akan mengambil masa 4 jam lagi. Ini merbahaya sekiranya kami terpaksa berjalan di waktu malam kerana jalan hutan yang kami lalui ini mempunyai banyak lorong yang boleh menyesatkan. Kami bermalam di situ. Waterpointya terletak kira 15 minit turun tetapi 30 minit naik. Ketinggian kawasan 4000 kaki, sejukkkk. Memang seksa!!!
Bersiap-sedia memasak makan malam. Setelah semua peserta menikmati makan malam, kami mengambil peluang ini untuk beramah mesra dan bercerita tentang keadaan perjalanan, memang menyeronokkan walaupun keadaan agak tidak selesa kerana kawasannya agak sempit. Bahar pun mengambil kesempatan membuka khemah oneman tentnya yang comel. Lepas tu semua melelapkan mata kerana perjalanan masih jauh beb!!!!
Hari ketiga (15/02/99)
10.00 am Setelah semuanya bersedia, kami pun memulakan perjalanan. Perjalanan memang sukar kerana di kiri dan kanan dipenuhi oleh hutan manau yang berduri.. memang raincover jadi mangsa. Kami terpaksa merangkak untuk melepaskan diri dari duri-duri manau yang tersangkut pada beg dan pakaian kami. Kami semua memang tertekan tetapi dengan semangat yang membara dan memanas kami tidak menghiraukan itu semua dan berusaha untuk meneruskan perjalanan agar sampai.
12.00 am Tiba di Kem 1 (Kem Chenderik). Berhenti untuk makan tengahari di sana sambil melepaskan kepenatan. Kami mengambil peluang ini untuk beramah mesra antara satu sama lain. Setelah semuanya selesai kami pun bersiap untuk memulakan perjalanan.
2.00 pm Tiba di Gunung Beyor (5480 kaki). Dari puncaknya kami dapat melihat puncak Camah dan Ulu Sepat. Pemandangan memang cantik sekali, memang mengasyikkan.
4.00 pm Tiba di banjaran sempadan Perak-Kelantan. Di situ kami meninggalkan sebahagian dari bekalan kami untuk mercepatkan perjalanan kami. Di situ juga merupakan persimpangan menuju Gunung Chamah dan Ulu Sepat. Setelah itu kami pun bergerak menuruni bukit yang curam dan licin. Perjalanan memang sukar dan mencabar. Memang ada antara kami yang dah 2-3 kali menangkap biawak (jatuh terduduk). Kami terpaksa melalui trek balak lama lagi licin yang dipenuhi oleh pokok-pokok yang berduri di kiri dan kanan, apalagi bercalar-balar la badan dan tangan kami.
6.40 pm Barulah kami tiba di Campsite Sungai Peres terletak di kawasan negeri Kelantan. Kawasan kem itu memang luas kerana terletak dalam laluan perjalanan balak. Keadaan sekelilingnya kelihatan agak tercemar kerana kelihatan banyak pokok-pokok balak yang telah ditebang dan tidak ketinggalan juga keadaan jalan yang dihakis oleh air hingga membentuk lubang-lubang yang dalam dan merbahaya. Sepatutnya kehijauan hutan dikekalkan dan tidak hanya memikirkan keuntungan dari segi komersilnya sahaja. Keadaan di situ juga agak sejuk pada waktu malam, air sungainya sangat sejuk sehingga tiada dikalangan para peserta yang dapat bertahan 5 minit pun dalam air tu.
Malam itu kami bersiap untuk makan malam. Tukang masak kami yang terdiri dari orang perempuan yang rajin ke dapur tu bertungkus lumus menyediakan makan malam untuk orang lelaki. Malam tu kelihatan para peserta makan dengan berselera sekali kerana telah banyak tenaga hilang habis digunakan untuk melawan duri dan manau. Malam tu hujan melanda renyai-renyai tetapi sekejap. Apalagi semua tidur lena malam tu.
Hari keempat (16/02/99)
8.08 am Semua bersiap sedia untuk memulakan perjalanan dan berjalan. Perjalanan kali ini juga menempuh trek balak yang dipenuhi oleh lubang-lubang dalam yang terjadi akibat hakisan air. Lubang kali ini memang lebih dalam dari yang kami temui pada hari ketiga. Kalau jatuh wassalam!! Dalam perjalanan ini memang rancak bercerita hinggakan Isma (Abg. Bulat) dengan Chedin bercadang nak buat projek 4x4 di kawasan itu guna kereta Armaggedon pulak. Perjalanan kami kali ini tak jauh seperti semalam malah lebih mencabar lagi kerana di samping terpaksa berjalan di sebelah lereng lubang yang dalam kami juga terpaksa melawan duri-duri yang tumbuh di sekitar lorong-lorong sempit.
10.15 am Tiba di Sungai Rekop, kawasan lapang yang terletak di kawasan balak. Kami berhenti rehat sebentar disitu. Sungai Rekop ini juga merupakan kawasan balak yang terakhir sebelum sampai ke Kem seterusnya. Kami terpaksa mendaki anak-anak bukit kecil dan terpaksa mengikut lorong-lorong sempit dan licin di tebing sungai. Perjalanan kami kali ini menyusuri sungai, memang mencabar kerana banyak jalan-jalan yang tertutup oleh pokok-pokok yang tumbang. Kami terpaksa menyusur di laluan-laluan sukar dan licin sehingga ada peserta-peserta kami yang terjatuh dan tergelincir, tetapi bersyukur kerana tiada yang cedera berat.
12.15 pm Berhenti rehat di kawasan yang agak lapang di laluan perjalanan untuk makan tengahari dan mengambil peluang untuk berehat kerana sepanjang hari bertungkus lumus meredah kayu balak dan pokok tumbang. Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan kami tanpa menghiraukan keletihan.
4.30 pm Tiba di Kem Tongkat Ali terletak di kaki Gunung Chamah. Menurut cerita guide kawasan itu pada masa dulunya dipenuhi oleh pokok-pokok Tongkat Ali. Kalau diperhatikan kawasan itu memang terdapat saki-baki akar tongkat Ali yang ditinggalkan. Ini menguntungkan sesetengah peserta yang mengambil kesempatan untuk menyimpannya. Kawasan sekitar kem kelihatan tenang dan berhampiran dengan sungai. Ini memudahkan kami untuk mengambil air dan membersihkan badan. Setelah berpenat lelah seharian, tiba masa untuk menyiapkan khemah dan makanan malam. Pada mulanya kawasan khemah memang penuh dengan agas dengan nyamuk tetapi selepas itu semuanya hilang ntah kemana.
Sambil menikmati makan malam masing-masing menceritakan perihal kejadian yang berlaku di sepanjang perjalanan. Ada yang melucukan dan tidak kurang juga ada yang meremangkan bulu roma kerana ada antara peserta yang terdengar suara tetapi tiada siapa yang berhampiran. Ada yang terjumpa dengan ular dan macam-macam lagi.
Selepas selesai mengemas dan membersihkan alatan kami semua bersedia untuk masuk tidur, tetapi sebelum itu ada juga yang mengambil kesempatan masa yang terluang untuk berborak dengan guide. Dengar cerita-cerita dari guide ini memang menyeronokkan terutamanya cerita-cerita tentang keadaan trek yang akan kami lalui nanti.
Hari kelima (17/02/99)
8.00 am Setelah bersiap, dan meninggalkan barang di kawasan kem Tongkat Ali, kami semua memulakan pendakian. Mengikut guide kami akan menempuh 8 anak Chamah sepanjang pendakian ini. Pendakian berjalan lancar kerana kami tidak bermalam di Puncak kerana kesuntukan masa. Ini meringankan beban kerana kami hanya membawa apa yang perlu sahaja untuk ke Puncak. Pendakian anak Chamah yang pertama memang mencabar kerana ia curam dan licin disamping itu juga ada pokok-pokok yang tumbang di atas trek ini menyebabkan kami terpaksa melencong sedikit dari trek asal. Sepanjang pendakian kami terpaksa mendaki dan menuruni anak bukit yang hampir kesemuanya curam dan licin. Memang mencabar!!!! Perjalanan menuju puncak dipenuhi oleh lorong-lorong kecil yang sempit dan berlopak sehinggakan ada para peserta yang tenggelam 2 kaki dalam.
12.30 pm Tiba di Puncak Gunung Chamah (Yusri & Wadi jangan dengki). Keadaan puncak memang mengasyikkan. Keadaan sekitarnya memang bersih seolah-olah ada penjaga yang menjaga gunung ni. Apa taknya memang ada kisah misteri di sebaliknya. Sewaktu dalam perjalanan ke Puncak ada di kalangan peserta yang terserempak dengan Tapak Kaki Kanan yang besar ukurannya tetapi tiada kesan tapak kaki kiri. Ini yang menjadi misteri!!!! Itu semua tidak menjadi hal kerana kami semua terpesona dengan keindahan puncak Chamah seakan-akan sebuah taman bunga yang indah. Kami semua mengadakan sesi pengambaran dan merakamkan detik-detik ketika di puncak. Kami semua memang merancang dari awal, sekiranya kami tiba di puncak kami akan mengenakan pakaian kebangsaan kerana rasa cinta kami kepada Negara dan Bangsa. Setelah habis sesi pengambaran kami semua bersiap-sedia untuk turun dari puncak.
1.30 pm Bergerak turun dari puncak. Keadaan menuruni dan mendaki sama saja di rasakan kerana tiap kali kami mendaki pasti kami akan menuruni pula bukit yang lain begitulah keadaannya sehingga kami tiba di Kem Tongkat Ali.
4.45 pm Barulah kami tiba semula di Kem Tongkat Ali. Apa lagi kami semua berkumpul dan menceritakan perihal perjalanan sambil bersiap-siap untuk makan malam. Ada yang mengambil peluang untuk membersihkan diri dan macam-macam lagi. Oleh kerana hari yang sudah lewat, guide memutuskan supaya kami bermalam sahaja di Kem Tongkat Ali kerana perjalanan sangat jauh dan berkemungkinan akan sampai ke malam. Ini merbahaya kerana memandangkan keadaan trek yang licin, curam serta trek-trek balak yang dipenuhi lubang dalam.
Pada malamnya kami semua menceritakan perihal kejadian-kejadian yang berlaku di sepanjang perjalanan. Ada yang kena tegur (suara ghaib) sehingga menjerit ada yang jumpa tapak kaki Pak Belang dan macam-macam cerita lagi. Kami semua memang keletihan tetapi merasa kepuasan yang amat sangat kerana berjaya menawan Puncak Chamah.
Hari keenam (18/02/99)
9.00 am Bergerak keluar dari kawasan kem Tongkat Ali. Sekali lagi kami terpaksa menempuh tebing-tebing sungai yang curam dan licin menuju ke banjaran sempadan Perak-Kelantan.
11.20 am Tiba di Sungai Rekop, kami berehat seketika sambil menikmati biji bangkung rebus. Apa saja yang dimakan ketika lapar memang sedap. Ada juga antara kami yang mengambil kesempatan ini untuk memancing di Sungai Rekop. Ada juga yang melepaskan penat sambil menikmati pemandangan yang indah di sekitar sungai sambil menyejukkan badan.
1.00 pm Setelah selesai mengemas kami memulakan perjalanan semula. Keadaan sangat panas kerana matahari tegak atas kepala. Dengan keadaan trek yang agak lapang memang ini memeritkan. Terpaksalah kami berdepan dengan keadaan panas terik di samping trek-trek yang berlubang dan tidak ketinggalan juga ada tanah-tanah di sekitar trek yang telah runtuh akibat hujan.
2.30 pm Tiba di sungai Peres tempat di mana kami bermalam di Hari ketiga. Berhenti seketika sambil menikmati bubur nasi campur serunding yang sememangnya lazat!!! Seketika kemudian kami meneruskan kembali perjalanan menempuh trek balak menuju ke jalan hutan.
5.30 pm Tiba di kaki Banjaran Sempadan. Di situ kami mengambil air kerana di situlah waterpoint yang terkakhir. Jumlah air yang kami bawa memang banyak, ini kerana kami mempunyai 3 buah lori tanker iaitu Chedin, Abg. Bulat & Budin (lu orang memang lori tanker). Keadaan pendakian memang sukar kerana banjaran tersebut curam dan licin. Ini memaksa kami lebih berhati-hati ketika berada di sekitar tebing.
7.00 pm Tiba di Banjaran sempadan. Berkhemah dan bersiap sedia untuk makan malam. Seperti malam-malam biasa kami masing-masing menceritakan perihal perjalanan masing-masing. Esok pasti beban lebih sikit sebab perjalanan ke Gunung Ulu Sepat memang jauh.
Hari ketujuh (19/02/99)
9.45 am Bertolak. Perjalanan kami ini memang tak banyak turun naik bukit yang curam tetapi treknya agak merbahaya kerana terdapat banyak lorong dan tidak ketinggalan pula duri-duri manau yang menanti kami di kiri dan kanan sambil menunggu mereka yang tidak berhati-hati.
3.00 pm Tiba di waterpoint terakhir di Sungai Leper. Kami berhenti untuk mengambil air dan berehat seketika sambil menikmati makan tengahari bubur nasi campur serunding. Ada yang mengambil kesempatan untuk membersihkan badan dan macam-macam lagi hal. Sepanjang perjalanan ini juga tidak kurang hebatnya kerana banyak lorong-lorong kecil, sempit dan berlopak dalam menanti kami.
Trekking di sepanjang banjaran amat memilukan hati kami, mana taknya lepas turun dari satu bukit naik lagi ke satu bukit lepas tu turun balik lepas tu naik balik dan lepas tu naik terus tak turun-turun dah. Walau bagaimanapun keadaan trek memang cantik, masih lagi terpelihara dari timbunan dan longgokkan sampah sarap. Pendeknya kalau berkunjung ke Ulu sepat ikut trek banjaran memang menjanjikan kepuasan semula jadi samada dari segi fizikal atau mental.
6.45 pm Tiba di Puncak Ulu Sepat. Memang perjalanan meletihkan. Sekali lagi kami digemparkan dengan penemuan tapak kaki budak kecil pulak kali ni. Sebelah pulak tu. Tapi tak kisahlah sebab kami semua berjaya mengharungi cabaran yang getir.. bukan senang ooi nak jadi group pertama ikut trek Chamah -Ulu Sepat.
Bagi mereka yang tak berkesempatan untuk mendaki mengikuti xpdc ketupat limau memang 1000 x rugi sebab pengalaman yang dapat ditimba memang tiada tolok bandingannya bak kata orang tua "Gaya, Mutu, Keunggulan" itulah Chamah-Ulu Sepat.
Sumber: http://members.tripod.com/pascal_adv/pertama.htm

Comments