Commachio Group

Pasukan Royal Marine British merupakan salah satu cabang komponen Royal Navy yang dikatakan mempunyai kekuatan 8,000 orang tentera. Antara tugas yang diamanahkan kepada mereka ialah serangan amfibi, dan juga serang dan pendaratan menggunakan lancang pendarat dan helikopter. [1]

Salah satu pasukan yang jarang diperkatakan dalam komponen Royal Marine ialah RM Commachio Group.

RM Commachio Group merupakan satu pasukan khas yang diamanahkan untuk tugas – tugas anti pengganas di sekitar Laut Utara, secara khususnya di pelantar – pelantar minyak milik syarikat – syarikat British di sana. [2]

RM Commachio Group berpengkalan di Arbroath, Scotland dengan berkekuatan 350 anggota yang mana kebanyakkan dari mereka ialah pakar renang tempur dan pakar kayak. [3]

RM Commachio Group juga dikatakan ditugaskan mengawal fasiliti nuklear milik tentera British. [4]

Maklumat terkini, RM Commachio Group telah diorganisasikan semula sebagai Fleet Protection Group, dan tugas utama mereka ialah memberi perlindungan keselamatan ke atas kapal selam nuklear British dari kelas Trident dan kawalan keselamatan ke atas British Nuclear Deterrent Force. Mereka juga diamanahkan membantu Special Boat Service dalam operasi – operasi cegah pengganas. [5] Mereka ditempatkan di HM Naval Base Clyde, Faslane, Scotland di bawah seliaan Komander Operasi Armada, Royal Navy dengan kekuatan 530 orang anggota. [6]

Untuk maklumat lanjut sila ke:
http://en.wikipedia.org/wiki/Fleet_Protection_Group_Royal_Marines



End Note
[1] Lihat: World Book 2002 encyclopedia CD – ROM.
[2] Bennett, Richard M. Elite Forces: The World’s Most Formidable Secret Armies. London: Virgin Books, 2003. Hal. 262.
Menurut World Books 2002 encyclopedia, Laut Utara merupakan pembekal utama minyak dan gas bagi kegunaan United Kingdom.
[3] ibid
[4] White, Terry. Fighting Techniques of the Special Forces. London: Century Books, 1993. Hal. 260
[5] Lihat: http://www.eliteukforces.info/gallery/royal-marines-commando/commachio-group.php
[6] ibid

Comments

Popular Posts