Jom sertai futsal Piala Adun Hulu Kelang 24 Ogos ini

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Bagi mereka yang suka bermain futsal, mari menyertai kejohanan futsal bagi merebut Piala Adun Hulu Kelang 2008, di Sport Planet, Ampang, 24 Ogos ini

Penyertaan yang dihadkan kepada 64 pasukan sahaja, perlu menyertakan yuran penyertaan sebanyak RM80 sahaja, dan pengundian akan dilakukan pada 22 Ogos di Sport Planet, Ampang, jam 9 malam.

Pada malam itu, para pengurus atau wakil setiap pasukan perlu hadir bagi menjayakan pengundian berkenaan.

Menurut penganjur kejohanan, pasukan yang menjadi juara akan membawa pulang hadiah RM 1000 berserta piala dan pingat, naib juara (RM 750 dan pingat), ketiga (RM 500 dan pingat), dan keempat (RM 250).

Bagi mereka yang berminat menyertai kejohanan ini atau mempunyai sebarang pertanyaan, ia boleh disalurkan kepada Afif di talian 019 2230858 atau Pejabat Adun Hulu Kelang (03 41056610).

Kejohanan ini dianjurkan Pusat Khidmat Komuniti Muda Dun Hulu Kelang dengan kerjasama Pemuda PAS Hulu Kelang. - mr_

Comments

Popular Posts