Perisikan - satu analisa [Repost]
" ……the need for intelligence to support the government foreign, defense and trade policies has, if anything, increased over recent year" - Jim Bolger, New Zealand Prime Minister PENGERTIAN - Menurut World Book Encyclopedia 2002 Edition, perisikan membawa maksud penggunaan perisik, merisik atau aktiviti sesuatu negara yang menggunakan perisik untuk mendapatkan rahsia sesuatu negara lain bagi tujuan ketenteraan, politik atau rahsia. Menurut Kamus Collins International Dictionary, istilah risikan atau intelligence membawa maksud keupayaan untuk memahami dan kebolehan untuk mengagak dan mendalami sesuatu pekara atau subjek berbentuk ketenteraan, tentang musuh, pengintipan atau sesuatu grup yang mengumpul dan mengambil tindakan susulan terhadap maklumat tersebut. SEJARAH - Tidak banyak yang mengetahui bahawa bidang perisikan itu lebih lama sejarahnya daripada kebanyakan peperangan. Sejarah merakamkan perisik yang pertama mungkin dari kalangan penduduk pra-sejarah ya...

